BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM)
PENGURUSAN PENDIDIKAN TINGGI (PPT)

UNIT PERKHIDMATAN (JAWATAN TERBUKA)

INFO JAWATAN TERBUKA
Pelarasan gaji termasuk insentif berdasarkan
kelulusan Pihak Berkuasa Melantik melalui rujukan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012.
Peminjaman atau pertukaran sementara adalah merupakan salah satu daripada kaedah pelantikan pegawai sedang berkhidmat yang boleh digunakan oleh sesebuah agensi untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan. Pegawai-pegawai yang ditawarkan ke jawatan terbuka ini akan dibayar insentif mengikut gred jawatan hakiki dalam perkhidmatan dengan kadar seperti mana yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012. Secara amnya, pelantikan secara pertukaran sementara atau peminjaman pegawai di SPT, KPM dan JPT ditetapkan bagi tempoh dua (2) tahun dan pelanjutan boleh dilaksanakan tertakluk kepada pertimbangan dan persetujuan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Setiausaha Kementerian setelah mengambil kira kepentingan perkhidmatan pegawai pada masa tersebut. Proses pelantikan/ pelanjutan pegawai secara pertukaran sementara/ peminjaman adalah merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008.
Jawatan Terbuka adalah jawatan tetap dan grednya telah ditentukan melalui waran perjawatan yang telah diluluskan dan pengisiannya boleh dibuat daripada mana-mana perkhidmatan yang diputuskan oleh pihak tertentu. Jawatan ini diwujudkan bagi membolehkan agensi pelaksana mendapatkan perkhidmatan pegawai-pegawai yang berkelayakan dan sesuai untuk melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan dalam sesuatu jangka masa yang diluluskan. Walau bagaimanapun jawatan ini tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Pendahuluan
Bagaimana?
Insentif

